Bab 2: Sistem Komputer

Bab 2 : Sistem Komputer

Objektif  Pembelajaran

  • Mendefinisikan Sistem Komputer
  • Menyatakan makna input, proses, output dan simpanan

Sistem Komputer

Sistem komputer merupakan peranti elektronik yang berupaya menerima data (input) menerusi peranti-peranti tertentu seperti keyboard oleh pengguna. Data akan diproses (proses) menjadi maklumat yang berguna oleh CPU menerusi perisian tertentu. Maklumat tersebut akan dipaparkan (output) menerusi peranti seperti monitor. Maklumat tersebut juga boleh disimpan (storan) untuk kegunaan pada masa akan datang.

Maksud Input, Proses, Output dan Storan

Input

Input adalah apa jua data atau bahan yang ditaip dan dimasukkan ke dalam komputer menerusi peranti input tertentu.

Output

Output adalah hasil daripada proses manipulasi data ke atas data yang dimasukkan oleh pengguna menerusi peranti input. Ia akan di papar atau kelihatan menerusi peranti output.

Proses

Komputer mempunyai unit melaksana arahan yang diberi dengan memproses data-data. Proses yang dilakukan adalah dengan menerima dan menyimpan data dari peranti input kemudian di proses mengikut arahan dan hasilnya dihantar kepada peranti output.

Storan

Storan adalah proses menyimpan data atau maklumat yang belum atau selesai diproses. Komputer menggunakan maklumat yang disimpan untuk melaksanakan adarah lain yang berkaitan.

Leave a comment