Bab 1: ICT dan Masyarakat

Bab 1: ICT dan Masyarakat

Pengenalan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Objektif  Pembelajaran

  • Mendefinisikan ICT
  • Menerangkan evolusi komputer secara ringkas
  • Menyenaraikan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian
  • Menyatakan perbezaan antara sistem berkomputer dan bukan berkomputer
  • Menyatakan kesan ICT terhadap masyarakat

Definisi ICT secara keseluruhan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) adalah penggunaan komputer, peranti komunikasi dan perisian aplikasi untuk memproses, menyimpan, mencapai semula, melindungi dan menghantar maklumat dari mana-mana tempat pada bila-bila masa.

Definisi Maklumat

Maklumat merujuk kepada sebarang data-data yang telah dimanipulasi oleh komputer yang boleh disimpan, dikongsi dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan dimana jua.

Definisi Komunikasi

Komunikasi adalah proses bertukar-tukar maklumat dengan menggunakan peranti dan perkhidmatan telekomunikasi seperti internet, e-mail, telesidang video dan telefon.

Sejarah Perkembangan Komputer

Terdapat lima generasi komputer dan setiap generasi mempunyai ciri-ciri tersendiri

  1. Generasi Pertama (1951-1958)
  2. Generasi Kedua (1959-1961)
  3. Generasi Ketiga (1965-1970)
  4. Generasi Keempat (1971-sekarang)
  5. Generasi Kelima

Penggunaan ICT dalam Kehidupan Seharian

  • Pendidikan
  • Perbankan
  • Industri
  • Perniagaan

Kesan ICT Terhadap Masyarakat

ICT mempunyai kesan positif dan negatif kepada masyarakat

Leave a comment