Bab 1: ICT dan Masyarakat

Latihan Bab 1

Soalan Struktur

Tuliskan jawapan anda pada ruangan yang disediakan

Soalan 1

Hari ini komputer dianggap sebagai nadi kepada sistem perbankan di seluruh dunia. Ia berfungsi untuk mengawal sistem perbankan antara setiap cawangan bank-bank, termasuklah sistem “perkhidmatan Perbankan Elektronik”.

a) Senaraikan dua perkhidmatan yang ditawarkan melalui perbankan secara elektronik

b) Terangkan kebaikan yang diperolehi oleh setiap daripada individu berikut jika berurusan menerusi perkhidmatan perbankan elektronik

I. Ahli perniagaan

II. Pengurus Bank

Soalan 2

Tuliskan jawapan anda pada ruangan yang disediakan.

Baca penyataan berikut

Mengawal capaian internet bermaksud menggunakan perisian penapisan dalam mengawal kandungan dalam internet. Kaedah penapisan ini adalah menjadi satu kewajipan dalam mengekang masalah sosial di kalangan masyarakat. Antara kandungan yang ditapis adalah seperti pornografi, politik melampau, kebencian, keganasan dan perkara-perkara lain yang secara umum dilihat sesuatu yang tidak menyenangkan dan mengancam negara.

Berdasarkan pernyataa di atas, jawab soalan di bawah:

a) Nyatakan dua cara untuk mengawal capaian kepada internet.

b) Terangkan maksud penapisan internet

Leave a comment