Bab 4: Multimedia

Bab 4 : Multimedia

Objektif  Pembelajaran

  • Mendefinisikan multimedia
  • Mengenalpasti kegunaan multimedia dalam pelbagai bidang

Definisi Multimedia

  • Media merujuk kepada alat perantara komunikasi yang menghubungkan sesuatu sumber kepada sasarannya. Media juga dapat membantu manusia untuk menerima, mentafsir, dan menikmati kejadian di dalam persekitaran dengan lebih jelas.
  • Terdapat pelbagai jenis media, antaranya media cetak, media massa dan media elektronik. Media cetak merupakan bahan yang dicetak datau ditulis maklumat diatasnya sebagai penyampai maklumat kepada orang ramai.
  • Multimedia adalah integrasi, gabungan dan persembahan secara teratur yang diasaskan pada platform sistem komputer peribadi. Sistem komputer peribadi inilah yang mengawal pelbagai jenis data media. Data media ini adalah merupakan elemen-elemen teks, grafik, audio, video imej kaku dan animasi di dalam satu atau lebih kombinasi

Multimedia dalam Pelbagai Bidang Kehidupan

  • Pendidikan dan Latihan
  • Perniagaan
  • Pengiklanan
  • Penyebaran Maklumat
  • Hiburan

Leave a comment