Bab 5: Pengaturcaraan

Latihan Bab 5

Soalan aneka pilihan

Setiap soalan diikuti oleh 4 pilihan jawapan. Pilih dan tulis jawapan yang betul sama ada A, B, C atau D pada helaian jawapan yang disediakan.

1) Satu kumpulan perkataan, simbol dan kod yang membenarkan manusia berkomunikasi dengan komputer. Pernyataan berikut merujuk kepada ________

A. Sistem komputer

B. Sistem operasi

C. Sistem aplikasi

D. Bahasa pengaturcaraan

2) Bahasa pengaturcaraan generasi kelima atau bahasa pengaturcaraan visual juga dikenali sebagai

A. Bahasa kod

B. Bahasa semulajadi

C. Bahasa istimewa

D. Bahasa pengetahuan

3) Bahasa Mesin ialah

A. Bahasa Natural

B. Bahasa Pengaturcaraan Tahap Rendah

C. Bahasa Pengaturcaraan Tahap Tinggi

D. Bahasa Pengaturcaraan Tahap Paling Tinggi

4) Terdapat dua jenis pendekatan dalam pengaturcaraan iaitu _______

I. Objek

II. Rekabentuk

III. Struktur

IV. Berorientasikan objek

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan III

D. III dan IV

5) Yang manakah di antara berikut menerangkan struktur kawalan jujukan.

I. Melaksanakan proses membuat keputusan dalam atur cara

II. Melaksanakan kenyataan berlainan untuk syarat berbeza

III. Melaksanakan arahan baris demi baris tanpa mengira syarat

IV. Melaksanakan kenyataan satu demi satu dalam urutan linear atau berturutan

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

Leave a comment