Bab 3: Rangkaian Komputer dan Komunikasi

Bab 3 : Rangkaian Komputer

Objektif  Pembelajaran

  • Mendefinisikan rangkaian komputer
  • Mendefinisikan komunikasi

Definisi rangkaian komputer

  • Rangkaian komputer boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan komputer, pencetak, pelayan dan lain-lain peranti yang boleh dihubungkan bersama dengan medium dan peranti komunikasi tertentu.
  • Setiap peranti yang disambungkan ke rangkaian itu dikenali sebagai nod. Rangkaian boleh terdiri daripada berpuluh-puluh, beratus, beribu atau berjuta nod.
  • Menerusi rangkaian komputer, maklumat dapat dipindahkan merentasi dunia dan sempadan melalui medium seperti kabel, gelombang radio, pancaran infra merah atau satelit.
  • Ini membolehkan pengguna berkongsi data, maklumat, perkakasan dan perisian.

Definisi Komunikasi

  • Komunikasi merupakan proses penghantaran data atau maklumat yang terdapat di dalam berbagai bentuk iaitu teks, imej, audio, isyarat, video, grafik dan lain-lain.
  • Proses komunikasi ini boleh berlaku antara manusia dengan komputer, antara komputer dengan manusia, alat dan alat dan banyak lagi.
  • Data atau maklumat yang di bawa dari penghantar ke penerima mesti melalui media komunikasi yang menjadi saluran untuk membawa mesej. Antara media komunikasi ialah talian telefon, gelombang mikro atau wayarles.
  • Perkembangan teknologi komunikasi adalah berkaitan dengan penggunaan internet, web, tesedidang, telefon bimbit, komunikasi tanpa wayar, satelit, 3G, 4G dan banyak lagi.

Leave a comment