Bab 2: Sistem Komputer

Latihan Bab 2

Soalan Aneka Pilihan

Setiap soalan diikuti oleh 4 pilihan jawapan. Pilih dan tulis jawapan yang betul sama ada A, B, C atau D pada helaian jawapan yang disediakan.

1) Apakah sistem komputer

A. Satu set perisian yangtelah diubahsuai untuk kegunaan perakaunan

B. Satu set komponen komputer yang terdapat di atas papan induk

C. Komputer persendirian adalah bukan contoh sistem komputer

D. Satu set perisian dan perkakasan yang memproses data kepada maklumat yang berguna

2) Di antara berikut, yang manakah adalah susunan betul untuk Kitaran proses maklumat di dalam operasi unit kawalan?

A. Menterjemah, Mengambil, Melaksana, Menyimpan

B. Mengambil, Menterjemah, Melaksanakan, Menyimpan

C. Komputer persendirian adalah bukan contoh sistem komputer

D. Menyimpan, Mengambil, Menterjemah, Melaksanakan

3) Sistem komputer mesti mempunyai

A. Sistem pengoperasian

B. Perisian pemprosesan perkataan

C. Pencetak yang bersambung

D. Program pengesan virus

4) Sebelum manusia berkomunikasi melalui komputer yang menggunakan kod ASCII. Mereka terdahulu telah menggunakan pelbagai kod untuk berhubung. Antara berikut, kod yang manakah telah digunakan?

A. Morse Code (1791-1872)

B. Telegraph (1845-1903)

C. Hollerith Code (1860-1929)

D. Bardout Code (1890-1945)

5) Yang manakah antara berikut merupakan ukuran unit bagi data

I. Bit

II. Kilobait

III. Megahertz

IV. Gigahertz

A. I, III

B. II, IV

C. I, II

D. III, IV

Leave a comment